Thursday, 16 June 2016

Pendaftaran Ahli KWP

Assalamualaikum wbt dan selamat petang....

Pada malam bertarikh 15 Mei 2016 lepas, Admin Kelab Warga Puchong telah membuka Pendaftaran KWP di Emma Satay bertempat di Putra Perdana. Alhamdulillah sambutan menggalakkan walaupun hujan renyai2...
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Emma Satay, ahli2 baru yang berjaya menjayakan aktiviti ini. Satay pun sedap dan lembut. Keadaan sangat meriah dengan kehadiran DJ dan karaoke di Restoran Emma Satay.
Kami akan update lokasi seterusnya untuk pendaftaran baru.







Wednesday, 15 June 2016

Majlis Berbuka Puasa bersama golongan Asnaf & Ibu tunggal Anjuran

Review kisah Majlis Berbuka Puasa bersama golongan Asnaf & Ibu tunggal
Anjuran → Kelab Warga Puchong® pada 11 Jun 2016 yang lepas.

Barang-barang ini telah disumbangkan oleh orang perseorang, Warga Puchong Badminton Team, dan syarikat-syarikat di sekitar Puchong. Majlis ini turut dimeriahkan dengan Tazkirah dari Ustaz Hj Zainal Khamis. 





Krew KWP ke KL menikmati Suasana Malam

Hanya aktiviti Santai

Lokasi : Mamak Longkang Jalan Masjid India
Menu : Bombay Toast, Roti Telur Goyang


Konvoi Bagan Lalang 2016

Warna warni pada Hari Konvoi KWP ke Bagan Lalang buat kali pertama pada 22 May 2016 lepas. Program ini dianggap sebagai berjaya dengan penyertaan ahli yang hadir. Mereka enjoy dan gembira dengan aktiviti2 yang dibuat di sana. Anak-anak turut ceria dengan menyertai permainan yang dijalankan.
Di samping mengeratkan ukhwah bersama di dalam organisasi Kelab Warga Puchong, ia juga adalah acara santai buat family yang ingin melupakan sekejap kesibukan kerja di kota.
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya di dalam permainan yang dianjurkan. Sekalung tahniah kepada ajk2 KWP yang bekerja keras dalam menjayakan aktiviti konvoi ini. Walaubagaimanapun, maafkan kami jika ada kekurangan di sana sini semasa program dijalankan. Yang baik dtg dari Allah, yang kurang dtg dari kami.
Lastly, terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti KWP ini. Semoga terus support dan turut serta dalam program seterusnya yang bakal dijalankan pada bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.
Terima kasih.